salji putih

no copy paste

Thursday, 16 June 2011

INGIN DISAYANGI

*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya
dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.


*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui
.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas (kecuali muslimat, tengok tempat dan
keadaan).

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.


*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.


*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda


*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.


*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak
menyinggung hati mana-mana pihak.


*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.


*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.


*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.


*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.


*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.


*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal
ataupun unverbal).


*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.


*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

2 comments:

lollitastories said...

meh meh!meh aku sayang mu bayok2

indera ibrahim said...

hoho maseh byk :)