salji putih

no copy paste

Tuesday, 17 May 2011

aku ada FACEBOOK

Assalamualaikum w.b.t semua!
Amat seronok memiliki satu akaun facebook, semuanya ingin ditulis kat Wall.. sampai kalau boleh nak pergi tandas pun ingin ditulis di Wall.. adoi..
Tahu kah anda?
Betapa seronoknya seorang anak muda berborak di sebuah restoran tentang kehebatan Facebook, Friendster, Twitter dll sehingga menimbulkan perasaan kurang selesa di kalangan pengunjung.. ‘Gila ka hapa diorang nih’. Tapi kita tidak boleh kata diorang gila kerana memang mereka ‘GILA’ kerana kegilaan kepada laman sosial kini bermula…
Berbual dengan kuat sampai mendapat perhatian pengunjung adalah untuk menaikkan diri dilihat sebagai golongan paling berteknologi di lokasi tersebut.. tapi dalam masa yang sama diorang tak tahu yang pengunjung restoran tersebut pun ada juga yang memiliki akaun facebook. Daripada yang muda.. sampai ke ‘tua bangka’ semuanya telah memiliki akaun facebook. Apa nak heran! gelak sajalah kepada mereka yang baru menggilainya.. sungguh gila..
Tidak kurang juga yang merasa sungguh ‘BANGGA’ kerana telah lama membuka akaun facebook dan memperlekehkan rakan-rakan yang baru membuka akaun facebook. Siapa yang mendaftar lama dikira sinior lah.. :p sinior kepala hotak.. kalau tak ada yang baru mendaftar setiap hari adakah akaun sinior itu akan bertambah kenalannya? sungguh bodoh perasaan bangga tersebut..
facebook memang banyak kegunaannya, daripada yang muda sampai yang dah ‘tua bangka’ amat mengagumi kehebatan facebook.
ada yang menggunakannya untuk :
1. Mengembangkan rangkaian perniagaan
2. Mencari Jodoh
3. Mencari kenalan baru dan lama
4. Mengimbau memori terdahulu
5. Meminta pendapat
6. Mengasah bakat menulis
7. Mengiklankan perkhidmatan/perniagaan
8. Mengetengahkan hasil karya
Namun ada juga yang menggunakannya untuk
9. Menunjuk-nunjuk kekayaan/kemewahan yang dimiliki
10. Mendedahkan diri mereka yang sebenar
11. Menyebarkan fitnah dan komplot jahat
12. Mengundang perompak/pencuri/penculik mengesan mereka
13. Menggambarkan kehebatan/keberanian diri mendedahkan gambar2 separa lucah milik diri sendiri.
14. Menjalinkan cinta dengan kekasih lama walapun kedua-duanya telah berkahwin.
15. Mewujudkan kembali ‘gang2 haram’ yang dulunya terpisah di alam nyata.
Demikianlah kegunaan facebook bagi orang kita, ternyata facebook juga ada kelebihan dan bahayanya yang tersendiri. Mungkin hari ini kita belum dengar penjenayah menggunakan platfrom facebook sebagai medium ‘mencari makan’. Keyakinan yang tinggi.. satu hari pasti ada! kalau tak percaya tunggu dan lihat.. penjenayah kini bukan lagi ‘bodoh’. Sudah ramai yang terpelajar.. jika anda tidak menggunakan facebook dengan cara yang betul.. andalah insan yang paling bodoh di DUNIA!
Bagaimana untuk menjadi pengguna facebook yang ‘BIJAK’ ?
Nantikan post seterusnya daripada saya… pastikan kehidupan anda tidak dibelenggu kebodohan diri sendiri!
p/s : Kepada adik-adik yang nak membuat karangan berkenaan facebook boleh gunakan point2 di atas sebagai isi penting.. ulaskan sendiri impak bagi setiap isi. Conform dapat 100%! :p